Saturday, 4 April 2015

Kem Tri-Bahasa

                                                               Kem Tri-Bahasa

Pada 7 Mac 2015, sekolah saya mengadakan program 'Kem Tri-Bahasa'. Pagi itu, apabila saya sampai ke sekolah, kami disuruh naik ke tingkat 5. Di tingkat lima ada seorang cikgu memanggil kami mengikut kumpulan kami. Kumpulan saya mempunyai 6 orang yang itu saya, Khairunissa, Halimah, Amirah, Fateema dan Sukainah. Cikgu saya memberi tahu kam bahawa kita ada 3 kelas untuk pergi tetepi setiap kelas akan ada hanya 3 kumpulan setiap 45minit. Jika semua kumpulan telah pergi ke kesemua kelas, kita sudah selesai.

Pada mulamya, kumpulan saya ke kelas Bahasa Melayu. Ada dua orang murid perempuan dari PRE-U di sekolah saya yang akan mengajar kami. Kami berlaja tentang ciri-ciri pantun dan bagimana untuk membuat pantun dengan betul. Aktiviti yang paling seronok di kelas itu ialah apabila kita perlu membuat pantun sendiri dengan kumpulan kami. Kumpulan saya membuat pantun tentang anak-anak dara Singapura. Di akhir kelas Bahasa Melayu itu, semua ahli kumpulan saya gembira kerana kita telah menang acara membuat pantun. Setiap kumpulan diberi gula gula.

Selepas kelas Bahsasa Melayu, kami ke kelas Bahasa Inggerish. Di situ, kita disuruh cari ayat ayat belit lidah. Aktiviti ini sangat seronok dan boleh tahan susah. Kita dapat mencari 3 ayat-ayat belit lidah. Di akhir kelas Bahasa Inggerish, kami dapat gula gula dan air seperti kelas sebelumnya.

Dan kelas yang paling akhir kita perlu menghadapi ialah kelas Bahasa Arab. Di kelas Bahasa Arab, kita ada 4 stesen untuk pergi.Kita cuma ada 7minit di setiap stesen. Kita mula dengan stesen kedua. Di stesen kedua, seorang dari kami perlu melukis benda yang cikgu itu memberitahunya di IPad dan yang lain perlu teka apa yang dia lukis. Kami memilih Fateemah untuk melukis kerana dia bagus melukis. Selepas semua benda telah diteka, kita dapat semuanya dengan betul dan dapat markah penuh. Kemudian, kita pergi ke stesen pertama. Di stesen pertama, kita perlu mencari berapa banyak perkataan yang kita boleh dari perkataan 'Sekolah'di dalam bahasa arab.

Selepas itu,kami pergi ke stesen ketiga, di stesen ketiga, setiap satu daripada kami perlu cakap ayat belit lidah yang di dalam Bahasa Arab dengan cepat. Akhirnya, kita dapat 9/10.  Di stesen ke akhir, satu dari kami perlu memegang kad yang akan diberkan dan yang lain di kumpulan kami perlu menolong orang yang memegang kad itu teka gambar haiwan apa yang ada di kad itu. Kumpulan saya hanya dapat teka 8 haiwan dengan betul. Kami sangat besyukur dan gembira atas markah markah yang kami dapat.

Di akhir program itu, Kumpulan kami menang dan saya amat gembira. Saya menikmati program ini. Saya ingin mempunyai program begini lagi kerana ianya sangat seronok dan ia boleh membawa kami bersama-sama dan boleh membuat kami rapat dengan banyak lagi orang.







No comments:

Post a Comment